Tuesday, 16 July 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.18/2024-ADFD

PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN INSURAN TAKAFUL AM BAGI NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 02 - 17 Julai 2024

JAM : 09.00 pagi – 04.00 ptg (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT : Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

 

SYARAT PEROLEHAN
  1. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  2. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221801 (Perlu Lesen Bank Negara)
  3. Pendaftaran Sebagai Pembekal NIOSH melalui Sistem E-Vendor
  4. Mempunyai pengalaman dalam bidang yang ditawarkan.
  5. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 02 Julai 2024 (Selasa)

JAM : 10.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat CRD, Bangunan Utama NIOSH

Maklumat penting : Untuk pengesahan kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / pembekal boleh membuat janji temu melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 01.07.2024 (ISNIN), 04.00 ptg.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 17 Julai 2024

Hari : Rabu

Jam : 12 tengahari

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap satu dokumen. Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

     i.  Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
     ii. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221801 (Perlu Lesen Bank Negara)
     iii. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga boleh dibeli oleh pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI SEBUT HARGA, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 98 times Last modified on Tuesday, 25 June 2024 08:56
open