Wednesday, 30 October 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO.SH.37/2024- PMD

CADANGAN KERJA-KERJA PEMASANGAN KARPET SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI RUANG PEJABAT TINGKAT SATU UNTUK PEJABAT WILAYAH UTARA (PULAU PINANG) DI ATAS LOT 8872, JALAN BERTAM 2, MK.6, BERTAM, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTAMA, PULAU PINANG

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 25 Oktober 2024 –11 November 2024

JAM : 09.00 pagi – 4.00 petang (Isnin - Jumaat kecuali cuti umum).

TEMPAT : Pejabat Wilayah Utara (Pulau Pinang) Lot 8872, Jalan Bertam 2, MK.6, Bertam, 13200Kepala Batas, Pulau Pinang

 

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam kategori Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan B07 (Hiasan Dalaman) yang berdaftar dengan CIDB.
  2. Mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB.
  3. Mempunyai Sijil Taraf Bumiputra (STB) yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK); dan
  4. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja Pemasangan Karpet Pejabat
  5. Kehadiran sesi taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 25 Oktober 2024

JAM : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Wilayah Utara(Pulau Pinang) Lot 8872, Jalan Bertam 2,MK.6, Bertam, 13200Kepala Batas,Pulau Pinang

Maklumat penting : Untuk Kehadiran ke sesi taklimat, syarikat / pembekal perlu email ke : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 24.10.2024 (khamis), 05.00 petang bagi membuat pengesahan kehadiran.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 11 November 2024

Jam : 12.00 Tengahari

SEBUT HARGA YANG DITERIMA LEWAT MELALUI TANGAN / KURIER / POS TIDAK AKAN DILAYAN

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima puluh sahaja) bagi setiap satu dokumen (termasuk 8% SST). Bayaran adalah secara atas talian (online payment) dan tidak akan dikembalikan

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam kategori Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan B07 yang berdaftar dengan CIDB.
  2. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan Nombor Sebut Harga dan Tajuk Sebut Harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila kurier dokumen sebut harga ke alamat dibawah sebelum tarikh tutup sebut harga ;

 

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI SEBUT HARGA, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 83 times Last modified on Monday, 21 October 2024 12:21
open