Wednesday, 30 October 2024
KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor ‐ kontraktor tempatan yang berpengalaman dan memenuhi syarat pendaftaran untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut;
BUTIR-BUTIR TAWARAN

NO. SEBUT HARGA : NIOSH/NO. SH.33/2024-ADFD

CADANGAN KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN PENDAWAIAN ELEKTRIK (SOKET & HDMI) DAN KERJA-KERJA MENGECAT DINDING DALAM BANGUNAN UNTUK BILIK LATIHAN ARAS 3,4 & 5 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI MENARA NATIONAL INSTITTUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH), LOT 1 JALAN 15, 1 SEKSYEN 15, 43650 BANDAR BARU BARU, SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH : 29 OKTOBER 2024 (SELASA) – 11 NOVEMBER 2024 (ISNIN)

JAM : 09.00 PAGI – 04.00 PETANG(Ahad - Khamis kecuali cuti umum)

TEMPAT : National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Lot 1 Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

 

SYARAT PEROLEHAN

Pembekal hendaklah mempunyai sijil berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Sijil Pendaftaran syarikat (SSM) (Borang D) atau Borang 24 yang masih sah tempoh.
  3. Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
  4. Berdaftar dengan CIDB dalam kelas G1 Taraf Bumiputra.
  5. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) di bawah kategori Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal (ME) Pengkhususan E11 (Kerja Am Elektrik) DAN Kategori Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan B14 (Kerja-Kerja Cat).
  6. Sijil Akuan Taraf Bumiputra (STB) daripada PKK.
  7. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  8. Mempunyai pengalaman kerja-kerja elektrik DAN kerja-kerja mengecat bangunan.
  9. Kehadiran taklimat adalah WAJIB.
TARIKH, TEMPAT TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

TARIKH : 29 OKTOBER 2024 (SELASA)

JAM : 10.30 PAGI

Tempat : Bilik Mesyuarat CRDDBilik Mesyuarat CRDD National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) Lot 1 Jalan 15/1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat penting : Untuk kehadiran ke sesi taklimat, syarikat/ pembekal perlu membuat janji temu melalui e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 28.10.2024 (ISNIN) jam 3.00 petang bagi pengesahan kehadiran.

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh : 11 NOVEMBER 2024 (ISNIN)

Jam : 12.00 TENGAHARI

SEBUT HARGA YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DILAYAN.

1. Harga dokumen tawaran sebut harga ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi setiap satu dokumen. kaedah pembayaran bagi aktiviti-aktiviti NIOSH adalah secara atas talian (online) melalui pautan : https:/mypay.com.my/web/niosh.

2. Taklimat sebut harga hanya boleh dihadiri oleh pemilik syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) bagi dokumen-dokumen berikut;

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti syarat wajib di atas.
  2. Sijil Pendaftaran syarikat (SSM) (Borang D) atau Borang 24 yang masih sah tempoh.
  3. Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
  4. Berdaftar dengan CIDB dalam kelas G1 Taraf Bumiputra.
  5. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) di bawah kategori Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal (ME) Pengkhususan E11 (Kerja Am Elektrik) DAN Kategori Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan (B) Pengkhususan B14 (Kerja-Kerja Cat).
  6. Sijil Akuan Taraf Bumiputra (STB) daripada PKK.
  7. Mendaftar sebagai pembekal NIOSH melalui sistem e-vendor http://eps.niosh.net.my.
  8. Surat wakil kuasa adalah WAJIB sekiranya wakil syarikat yang menghadiri taklimat.

3. Dokumen tawaran sebut harga akan diberikan kepada pemilik syarikat / wakil syarikat yang sah sahaja selepas taklimat sebut harga dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti di para 2.

4.Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan mencatatkan nombor sebut harga dan tajuk sebut harga di bahagian kiri atas sampul surat dengan jelas dan terang. Sila hantar dan masukkan dokumen sebut harga ke dalam peti Sebut Harga SEBELUM atau PADA 11 November 2024 jam 12.00 tengahari.

 

PENGARAH EKSEKUTIF
U/P : PETI SEBUT HARGA, UNIT PEROLEHAN
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (NIOSH)
LOT 1, JALAN 15/1, SEKSYEN 15
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Read 75 times Last modified on Tuesday, 22 October 2024 09:26
open