Harian Metro, 6 November 2012
KUALA LUMPUR: Insiden berlaku perlu dijadikan pengajaran sekali gus menambah baik aspek tertentu demi keselamatan kakitangan berkhidmat di bidang berisiko tinggi, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian 10 anggota bomba dan penyelamat termasuk lima yang parah akibat terbakar berikutan tangki minyak pelincir terpakai yang meletup di Pengkalan Chepa, Kelantan kelmarin.
Menurut Lee, beliau percaya Jabatan Bomba dan Penyelamat mempunyai skim latihan dan prosedur keselamatan yang cukup untuk melindungi anggotanya ketika berkhidmat, namun kejadian berlaku di luar jangkaan sekali gus meminta mereka lebih berhati-hati.