Monday, 30 December 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Thursday, 21 August 2014 11:25

Insiden MRT Jadikan Pengajaran

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Utusan, 21 Ogos 2014.

Kuala Lumpur 20  Ogos - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) melihat kejadian konkrit landasan projek MRT di Kota Damansara dekat sini  runtuh malam semalam yang mengorbankan tiga nyawa perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Pengerusinya,Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) menegaskan antara pihak yang perlu mengambil perhatian serius adalah golongan sub kontraktor yang dilihat kurang mengambil berat soal keselamatan di tapak pembinaan.

Jelas beliau ,hal demikian kerana kejadian seumpama itu mungkin berlaku akibat tidak mengikut peraturan-peraturan keselamatan di tapak pembinaan.

" Bila tiada pemantauan dan penyeliaan pada waktu kerja dijalankan,kemalangan boleh berlaku.Apabila struktur binaan jatuh,kemungkinan tidak ikut prosedur operasi standard (SOP).

" Berikutan ini,tanggungjawab berada pada bahu penyelia yang mungkin tidak buat pemantauan dan penyeliaan", katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu,jelas Lam Thye hanya dengan sistem  pengurusn keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif akan menyumbang ke arah mencapai budaya keselamatan holistik dalam sesuatu industri.

Beliau berkata,konsep keselamatan berasaskan tingkah laku adalah perkara utama yang harus dititiberatkan dalam industri pembinaan agar setiap individu dapat melihat keselamatan sebagai tanggungjawab mereka.

Industri pembinaan menuntut sifat ketelitian aspek keselamatan dan perkara ini harus dijadikan teras dalam diri semua pihak.Setiap individu berisiko untuk terlibat dalam kemalangan.

" Perkara ini mesti dipupuk kedalam minda setiap individu di tempat kerja,agar kecuaian dan keselamatan tidak berlaku," katanya.

Read 10362 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:42

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

open