Friday, 19 April 2024

GST

Bilakah NIOSH akan mengenakan caj GST?

Bermula pada 1 April 2015, semua produk NIOSH akan dikenakan 6% GST.

Adakah caj GST akan dikenakan kepada semua produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh NIOSH?

Ya, caj GST akan dikenakan kepada semua produk dan perkhidmatan yang dtawarkan oleh NIOSH:
  • Yuran kursus / seminar / konferen.
  • Yuran Peperiksaan.
  • Konsultansi.
  • Jualan buku / poster.
  • Penginapan di hostel.

Adakah yuran keahliah NIOSH dikenakan GST?

Tidak, yuran keahlian NIOSH tidak dikenakan GST.

Adakah permohonan rayuan semakan peperiksaan skrip jawapan akan dikenakan caj GST?

Ya, dengan kadar 6%.
Oleh itu, yuran bagi rayuan semakan skrip jawapan adalah sebanyak RM106 bagi setiap kertas jawapan.

Adakah permohonan cetakan sijil salinan kedua akan dikenakan caj GST?

Ya, dengan kadar 6%.
Oleh itu, yuran bagi permohonan cetakan sijil salinan kedua adalah RM53 bagi setiap keping sijil.

Sekiranya calon peperiksaan telah menghantar permohonan lengkap untuk menduduki peperiksaan beserta bayaran tetapi permohonan calon tidak diluluskan atas alasan yang munasabah (misalnya tidak memenuhi syarat minimum kelayakan untuk menduduki peperiksaan), adakah yuran peperiksaan yang telah dibayar beserta caj GST akan dipulangkan?

Ya, keseluruhan yuran peperiksaan termasuk caj GST akan dipulangkan semula kepada calon peperiksaan.

Adakah caj GST akan dikenakan kepada calon setiap kali calon mengulang mana-mana kertas peperiksaan yang gagal?

Ya, caj GST akan dikenakan kepada calon setiap kali calon mengulang mana-mana kertas peperiksaan yang gagal.

Adakah sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak NIOSH termasuk GST?

Ya, sebutharga yang dikeluarkan oleh pihak NIOSH telah termasuk caj 6% yang dulunya menggunakan terma Gov. Tax dan akan ditukar terma kepada GST bermula 1 April 2015.

Adakah harga servis lab termasuk caj GST?

Ya, caj GST akan dikenakan bermula tarikh kuatkuasa GST pada 1 April 2015.

Tags: faq , gst

open