Friday, 29 March 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Thursday, 26 April 2012 15:54

Nahas Industri Menurun 50%

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Utusan Malaysia - 26 April 2012

KUALA LUMPUR 26 April - Kadar kemalangan dan kecederaan di tempat kerja mencatat penurunan sebanyak 50 peratus pada 2010 berbanding 10 tahun lalu.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, berdasarkan data dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sebanyak 35,616 kes kemalangan perindustrian dilaporkan pada tahun 2010 berbanding 75,386 kes pada 2000.

“Kes-kes kemalangan itu melibatkan sektor perkilangan sebanyak 599 kes, pembinaan (4,665 kes) dan perkhidmatan (2,819 kes). Penurunan ini adalah satu perkembangan yang amat positif.

“Faktor-faktor yang menyebabkan kadar kemalangan perindustrian berkurangan ialah kerjasama antara kerajaan, NIOSH, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Perkeso yang bergerak sebagai satu pasukan dalam membawa kesedaran mengenai isu ini kepada pihak majikan dan pekerja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Dunia 2012 peringkat NIOSH di Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Turut hadir penceramah dari Jabatan Perlindungan Buruh dan Kebajikan Thailand, Dr. Keson Theppeang dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Rosli Hussin.

Lam Thye berkata, pihak majikan kini lebih fokus dan sedia melabur di dalam semua aspek berkenaan sama ada keselamatan atau kesihatan untuk pekerja.

Dalam pada itu menurut beliau, tema untuk tahun ini iaitu Mempromosikan Keselamatan dan Kesihatan Pada Ekonomi Hijau adalah selaras dengan objektif NIOSH yang menegaskan betapa pentingnya untuk mewujudkan satu persekitaran mampan, hijau dan banyak peluang pekerjaan menggunakan teknologi hijau.

Read 9663 times Last modified on Friday, 04 September 2015 17:35

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Most Popular News

open