Tuesday, 19 March 2024

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 999

Tuesday, 03 December 2013 16:23

Portal Gaji Minimum Dilancarkan

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Harian Metro, 03/12/2013

Kuala Lumpur: Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Anak Jaem melancarkan portal Gaji Minimun bertujuan memudahkan pekerja, majikan dan orang ramai memahami aspirasi dasar gaji minimum negara dan pelaksanaan sepenuhnya bermula 1 Januari 2014.

Menurutnya, portal ini memberikan maklumat menerusi tiga segmen iaitu ruangan untuk majikan, pekerja dan berita terkini termasuk penerbitan berkenaan gaji minimum.

"Maklumat kadar pengiraan gaji minimum mengikut bulan, harian dan jam; rasional di sebalik dasar gaji minimum, kumpulan sasar, fungsi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN), jenis bayaran yang boleh atau tidak serta penguatkuasaan dan penalti dipaparkan," katanya pada Majlis Pelancaran Portal Gaji Minimum di sini.

Katanya, orang ramai boleh muat turun undang-undang perburuhan berkaitan termasuk perintah penundaan di bawah Akta MPGN 2011.

Portal berkenaan boleh dilayari menerusi laman sesawang Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my atau http://minimumwages.mohr.gov.my

Read 10523 times Last modified on Monday, 07 September 2015 11:46

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

open